Monday, September 19, 2011

~LEFT HANDED~


ya ampun,,busy nye aku minggu ni..tak sempat nak update cite2 yg best..padahal, minggu lepas byk event yg memorable..kalo de mase,,aku akn try mencelah utk update something. InsyaALLAH..

entry kali ni aku nak share ttg LEFT HANDED..mungkin ramai yg tak tau yg aku ni,,RIGHT HANDED yg sgt fanatic ng mereka2 yg LEFT HANDED..tak tau nape,,aku suke mereka2 (kidal) ni bile wat keje,,menulis, melukis, main gune tgn kiri..nmpak hebat n macho je..hihi,,pompuan pon same,nmpak kreatif..

jom tengok kelebihan mereka yg KIDAL ni.. :p

Secara amnya kidal juga bermaksud lebih menguasai otak di sebelah kanan. Ini adalah kerana otak kita berfungsi secara menyongsang iaitu otak sebelah kiri menguasai bahagian tubuh badan yg. di sebelah kanan dan otak sebelah kanan pula menguasai bahagian tubuh badan yg. di sebelah kiri. Otak sebelah kiri (cenderung menggunakan tangan kanan) menguasai kawalan pertuturan, bahasa, tulisan, lojik, matematik dan sains. Otak sebelah kanan (cenderung menggunakan tangan kiri) menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan.Dengan penguasaan otak ini adalah dikatakan individu kidal lebih bijak dari segi kreativiti dan seni berbanding mereka yg. menggunakan tangan kanan.
Rumusan
1. Secara kasarnya sekitar 10-15% drp. penduduk dunia adalah kidal.

2. Orang kidal tidak semestinya mempunyai kedua ibubapa yg. juga kidal.

3. Menurut kajian tidak ada sesiapapun yg. dpt. mendefinasikan mengapa sesetengah individu itu dilahirkan kidal. Tidak ada gen yg. mengaitkan orang kidal dpt. dikenalpasti, tetapi ianya mempunyai kaitan didalam sesebuah keluarga.

4. Leonardo da Vinci menulis kesemua data peribadinya dari kanan ke kiri (seperti penulisan jawi) sehinggakan sesiapa yg. ingin membacanya terpaksa menggunakan cermin utk. menterjemahkan mesej-mesejnya.

5. Hari istimewa utk. orang kidal adalah Hari Kidal Sedunia yg. disambut pada 13 Ogos setiap tahun.(ni budaya orang barat-tak perlu ikut..huhu)

6. Lebih ramai lelaki yang kidal berbanding perempuan.

p/s: ENCIK SAIFUL IZWAAN SAADON,, dis entry very related to u..haha,, terharu bukan..tp ingat,not dedicated kat lu..kebetulan je..

2 comments:

  1. (^_^)tq sbb sudi research psal org kidal nih, just nak add info, org kidal lg 34% lg kacak dari org yg x kidal...kui kui...peace beb

    ReplyDelete
  2. seriu??34% lg kacak ek..haha,,nampok beno tipunye..~

    ReplyDelete