
Jika Allah yang memintaku untuk mencintaimu… Dan aku melakukannya, dengan izin Allah dan semoga hanya kerana Allah….
Sahabatku, apa kau juga “mencintaiku kerana Allah”? Maka aku akan selalu berharap…. dan semoga hanya kerana Allah…. Amin.

Nabi SAW bersabda :
“Doanya seorang muslim untuk saudaranya yang tidak bersamanya pasti dikabulkan. Di dekat kepalanya ada malaikat yang menjaganya. Setiap kali ia berdoa untuk kebaikan saudaranya, malaikat itu berkata “Amin”, Dan engkau akan mendapatkan yang serupa.” (Muslim: 48-Kitab adz-Dzikr wad Du’aa’, hlm. 88)
Dalam sebuah hadis qudsi Allah swt berfirman :
“KecintaanKu pasti akan diberikan kepada orang-orang yang saling mencintai keranaKu, KecintaanKu berhak diperoleh untuk orang-orang yang saling mengunjungi keranaKu, KecintaanKu berhak diperoleh untuk orang-orang yang saling memberi keranaKu, KecintaanKu berhak diperoleh untuk orang-orang yang saling menjalin persaudaraan keranaKu” … (Riyadhus Salihin)
"Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu."
(Imam Nawawi)
p/s: sesuatu sgt entry ni..hihi :p
takde ade lgsg kene mengena ng situasi aku time ni..juz nak share benda2 baik kat semua.. sbb MENYAMPAIKAN ILMU TURUT DIKIRA SEBAGAI AMAL IBADAT.. :D
No comments:
Post a Comment